Khamis, 10 April 2014

                             RESEPI KEK BUAH                                                          Kbuah


Bahan-bahan ( ramai boleh makan )

  • 1 3/4 cawan gula pasir
  • 2 cawan air sejuk
  • 2 cawan magerin /mentega
  • 400g buah-buahan campuran
  • 4 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara

  1. gula, air, mentega dan buah-buahan di masak bersama dengan api perlahan hingga mendidih dan buah agak ringan. tutup api dan biarkan sejuk
  2. tepung gandum, tepung naik sendiri dan baking powder di ayak bersama
  3. pukul telur hingga kembang, masukkan adunan buah-buahan tadi kacau rata kaedah kaup balik.
  4. masuk tepung, dan esen vanila, gaul kaedah kaup balik hingga rata. jgn gaul terlalu lama nanti buah turun balik cukup sekadar sebati
  5. bakar dalam aduan yang telah digris dgn mentega dan ditabur sedikit tepung, selama 1 jam 180 darjah celcius

kek batik

            RESEPI KEK BATIK MUDAH & CEPAT                          

jom semak resepi


  • Milo ( 1 cawan)

    1. Serbuk koko 3 sudu makan
    2. Buttercup 250g
    3. Telur 2 biji
    4. Biskut marie ( 1 bungkus ) 298g
    5. Susu pekat manis 1/2 tin
    6. Air putih 1/2 cawan

    Cara Menyediakannya:

    - Ambil periuk,masukkan kesemua bahan diatas kecuali biskut marie dan buttercup. Gaulkan semua sehingga sebati
    -Hidupkan api dapur. Masak dengan api perlahan sehingga masak (kena sering godak/kacau) untuk elak hangus.
    -Masukkan buttercup hingga cair.

    -Padamkan api. Susun biskut marie dalam mangkuk (aku guna tuppaware) alaskan plastik, nanti senang nak tanggalkan.
    -Selang seli masukkan cairan coklat dengan biskut. Tekan dengan sudu, supaya hasilnya padat seperti gambar diatas.

    -Apabila sejuk masukkan dalam peti ais. Selamat mencuba.
    nyam nyam....hehehhe..