Jumaat, 14 Mac 2014

Makaroni Bakar Cheese Recipe @_@

Seumur hidup syu,satu2nya makanan paling sedap yang syu pernah rase ...1st tmie mkn mase kt hostel...kwn syu yg bawak..bestt gilerr...hehe

Soo bagi yang berminat boleh laa tengok resepi di bawah..TQ ''______''
jom terjah..

Bahan-Bahan : : :

  • Makaroni 1 paket (direbus sehingga lembut)
  • Bawang besar 3 biji (dikisar)
  • Bawang putih 4 ulas (dikisar)
  • Daging kisar 1 paket
  • Telur 3 biji
  • Fishball 1 paket
  • Susu Cair 1 tin
  • Cendawan butang 1 tin
  • Cendawan tiram 1 paket
  • Sayur campuran (ikut suka)
  • Cheese mozarella
  • Cheese Cheddar
  • Daun bawang
  • Kobis bunga / mana-mana sayur yang digemari
  • Tomato 1 biji
  • Cili merah dihiris
  • Garam/Gula/Secukup Rasa


Cara hidangan : : :

  • Mula2 panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang dikisar
  • Selepas bawang dah wangi,masukkan daging kisar dan kacau sehingga daging kisar menjadi masak
  • Masukkan fisahball,cendawan butang,cendawan tiram,sayur campuran,kobis bunga,tomato dah kacau hingga semua sebati
  • Masukkan secukup rasa(aku guna secukup rasa jer)
  • Kemudian,masukkan telur 3 biji dan susu cair
  • Selepas kacau seketika,bolehlah masukkan makaroni,kacau hingga semuanya sebati..
  • Masukkan cheese mozarella hingga masakan menjadi likat,kemudian taburkan cili merah dan daun sup dan daun bawang.
  • Sediakan loyang(resepi ini menggunakan 2 loyang),kemudian sapukan loyang tersebut dengan butter supaya tak melekat
  • Masukkan makaroni yang dah siap dimasak,kemudian tutup makaroni di atas loyang tersebut dengan cheese cheddar...(lagi banyak cheese lagi ummmphhhhh)
  • Bakar ke dalam oven selama 1 jam supaya cheese tu cair dia atas makaroni ...
Maka hasilnya : : :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan