Jumaat, 14 Mac 2014

Assalamualaikum semua....ari ni ari sabtu ...kejap lg kene pegi hostel dah...huhuhuhu..tp sempat lg buat makaroni goreng planta....sedap sgt....

                                
Ni die.....cam ne terliut x?? hehehhe            

yg ni yg nak bg kt kwn kwn kt hostel...

pavlova

Resipi : Pavlova

Assalamualaikum..
ari ni kite buat pavlova...kalau time cuace panas lg best kite melantak....terliuq nyee...huhuhuh...jom terjah resepi die...resepi die ni tersangatlah senang....


 Bahan-bahan yang aku gunakan. Simple sangat kan? Yang putih bawah sekali ini adalah pengasing telur. Aku tak pro la nak asingkan egg white dengan yolk begitu sahaja, so aku gunalah benda ni.


: BAHAN - BAHAN :

Meringue
4 Putih Telur
175g Caster Sugar
1 sudu kecil cuka masakan
1 sudu kecil tepung jagung

Hiasan
Whip cream 250g
Strawberry / Blueberry / Kiwi ( Anything sour )


: CARA-CARA :

Oven
1. Pre-heat oven pada suhu 170 darjah celcius

Meringue
1. Dengan menggunakan mixer, pukul 4 putih telur sehingga berbuih (foamy)
2. Masukkan castor sugar sedikit demi sedikit, dan increase the speed.
3. Semasa masukkan caster sugar, masukkan sekali cuka masakan dan tepung jagung.
4. Pukul sehingga menjadi berkilat dan *bertanduk

* Bertanduk : Apabila kita terbalikkan meringue, ia tidak jatuh daripada bekas mixer

5. Place the baking paper on top of a baking tray (Use only baking paper, do not use any container or mould)
6. Spread the meringue in a circle shape.
7. Bakar selama 30 hingga 40 minit.
8. Apabila sudah masak, bukak pintu oven sedikit dan biarkan ia dalam oven seketika.

Hiasan
1. Dengan menggunakan mixer, pukul whip cream
2. Hias dengan strawberry atau apa-apa buah yang masam.

Senang kan?? ape lagi jom buat....


Berita terkini pesawat MAS MH370 hilang pada jumaat 14 Mac 2014. Misi pencarian pesawat MH370 kini sudah memasuki hari ke-7 atau genap seminggu sejak pesawat itu hilang pada sabtu 8 Mac 2014. Pihak Malaysia dengan kerjasama beberapa buah negara akan tetap akan meneruskan operasi cari dan menyelamat (SAR) sehingga pesawat MH370 dijumpai.
hari-ke-7
Kenyataan Rasmi Sidang Media 14 Mac 2014 Insiden MH370 Hilang
Datuk Seri Tun Hussein ketika sidang media (5.30 Petang) memaklumkan bahawa pihaknya masih lagi berusaha menjejaki pesawat MH370. Hishammuddin turut mengesahkan bahawa Ops Mencari dan Menyelamat (SAR) diperluaskan ke Lautan Hindi. Menurutnya lagi, misi mencari MH370 pada hari ke 7 diperluas membabit 57 kapal, 48 pesawat dan bantuan 13 buah negara.
media
Kenyataan Rasmi MAS 14 Mac 2014 Insiden Pesawat MH370
Pihak MAS setakat ini tidak menemui petanda baru mengenai kehilangan pesawat MH370 pada hari ke-7. Walaubagaimana pun, pihak MAS sedang berusaha dalam menjejaki MH370. Pada masa yang sama, pihak MAS kini turut memfokuskan kepada kebajikan keluarga penumpang dan krew pesawat MH370 yang hilang.
MAS
Tentera Laut AS Gerakkan Misi Pencarian Di Lautan Hindi
Lautan Hindi mungkin menjadi kawasan pencarian terbaru dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, kata White House, awal pagi tadi. Jurucakap White House Jay Carney berkata, tumpuan di Lautan Hindi berdasarkan maklumat baru namun tidak semestinya muktamad. Kapal USS Kidd yang kini di Selat Melaka diarah menghala ke Lautan Hindi untuk misi mencari MH370.
hindi
China Akui Silap Siar Imej Satelit Didakwa MH370
Kerajaan China mengakui siaran imej satelit negara itu yang kononnya menunjukkan tiga objek didakwa serpihan MH370 adalah satu kesilapan.
satelit
Misi Pencarian MH370 Diteruskan Pada Hari ke-7 (14 Mac 2014)
Misi pencarian MH370 tetap diteruskan pada hari ke-7 untuk menemui sebarang petanda terkini mengenai pesawat MAS MH370. Kerajaan Malaysia dalam satu kenyataan tidak akan berputus asa sehinggalah MH370 itu ditemui.
Perluas Ops Cari Ke Kawasan Hutan, Gunung
Vietnam memperluaskan operasi mencari pesawat Malaysia yang hilang, ke kawasan hutan dan gunung tatkala operasi melibatkan pelbagai negara masih belum menemui sebarang petunjuk pada hari keenam selepas kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu.
Operasi Jejak MH370 Diperluas
Usaha mengesan pesawat Boeing 777-200 itu masih difokuskan di kawasan Laut China Selatan dan diperluaskan di kawasan Selat Melaka sampai ke perairan dekat Kepulauan Andaman.
Tiada Petanda Kesan MH370
Selepas 7 hari, kehilangan pesawat MH370 masih misteri. Tiada berlaku letupan, tiada kesan objek di Laut China Selatan seperti dilaporkan imej satelit China , tiada penerbangan 4 jam selepas hilang, tiada isyarat TANGO daripada juruterbang.
Gambar Sekitar Operasi Cari Dan Menyelamat MH370
operasi 1 operasi 2 operasi 3 operasi 4
harap-harap jumpe lah pesawat mh370..aminnnn

Sumber: Berita Terkini Pesawat MAS MH370 Hilang 14 Mac 2014 | melvister.com 

Resepi Kek : Kek Cheese (Kek Keju Meleleh)



Resepi Kek : Kek Cheese (Kek Keju)

BAHAN2 UNTUK KEK

  1.  **100 gram tepung hong kong
  2. (boleh guna tepung gandum)
  3. **60 gram tepung jagung
  4. 100 gram gula halus
  5. 2 sudu makan ovelet
  6. 4 biji telur ayam
  7. 2 biji telur kuning
  8. 50 gram air sejuk (dari peti ais)
  9. 1 sudu teh baking powder
  10. 75 gram mentega (dicairkan)
  11. 1 sudu teh esen vanilla


Cara:

  1. Bahan yang bertanda* di ayak dulu…
  2. Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair. Sebatikan.
  3. boleh campurkan pewarna dan perasa yang anda inginkan…. strawberry ataupun coklat
  4. Bakar dalam oven pada suhu 150′C selama 45 minit.
  5. Peta Lokasi Rumah Besar Lisa Surihani.Memang awesome!!
  6. Untuk Cream:
  7. 250g cream cheese
  8. 120g susu pekat manis
  9. 50ml UHT Whipping cream
  10. Campurkan semua bahan dia atas hingga sebati
  11.  adunan ini memang cair


Untuk hiasan:

cheddar cheese, diparut

Cara penyediaan:

Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping..tuangkan cream cheese
di atas kepingan pertama. Lapiskan dengan kek, tuang semua baki cream cheese tadi.
Parutkan cheddar cheese di atas kek..
Dah buat?Jom kongsi apa rasa..hehehhe..Macam mudah je,macam senang je,macam boleh buat je :)

Makaroni Bakar Cheese Recipe @_@

Seumur hidup syu,satu2nya makanan paling sedap yang syu pernah rase ...1st tmie mkn mase kt hostel...kwn syu yg bawak..bestt gilerr...hehe

Soo bagi yang berminat boleh laa tengok resepi di bawah..TQ ''______''
jom terjah..

Bahan-Bahan : : :

  • Makaroni 1 paket (direbus sehingga lembut)
  • Bawang besar 3 biji (dikisar)
  • Bawang putih 4 ulas (dikisar)
  • Daging kisar 1 paket
  • Telur 3 biji
  • Fishball 1 paket
  • Susu Cair 1 tin
  • Cendawan butang 1 tin
  • Cendawan tiram 1 paket
  • Sayur campuran (ikut suka)
  • Cheese mozarella
  • Cheese Cheddar
  • Daun bawang
  • Kobis bunga / mana-mana sayur yang digemari
  • Tomato 1 biji
  • Cili merah dihiris
  • Garam/Gula/Secukup Rasa


Cara hidangan : : :

  • Mula2 panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang dikisar
  • Selepas bawang dah wangi,masukkan daging kisar dan kacau sehingga daging kisar menjadi masak
  • Masukkan fisahball,cendawan butang,cendawan tiram,sayur campuran,kobis bunga,tomato dah kacau hingga semua sebati
  • Masukkan secukup rasa(aku guna secukup rasa jer)
  • Kemudian,masukkan telur 3 biji dan susu cair
  • Selepas kacau seketika,bolehlah masukkan makaroni,kacau hingga semuanya sebati..
  • Masukkan cheese mozarella hingga masakan menjadi likat,kemudian taburkan cili merah dan daun sup dan daun bawang.
  • Sediakan loyang(resepi ini menggunakan 2 loyang),kemudian sapukan loyang tersebut dengan butter supaya tak melekat
  • Masukkan makaroni yang dah siap dimasak,kemudian tutup makaroni di atas loyang tersebut dengan cheese cheddar...(lagi banyak cheese lagi ummmphhhhh)
  • Bakar ke dalam oven selama 1 jam supaya cheese tu cair dia atas makaroni ...
Maka hasilnya : : :

Assalamualaikum....saye baru belajar buat blog...So saye x lh pandai sgt....sebenarnye dh lame nk buat blog nih....tp mase mengizinkan...mase  nih lh saye br boleh berblogger..huhuuhuhu...  

ape pon datang lh kt blog saye.....